Hadith 07

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ


رواه مسلم [ رقم : 55 ]

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. 

Hadis riwayat al-lmam Muslim.



Pengajaran hadis:


Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.


lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.


Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.